#matiitubenar 5.201K Posts

Sebuah syarikat kereta api tempatan terpaksa meminta maaf secara formal kepada penumpang hanya kerana tren berlepas 20 saat lebih awal. . Ramai yang sedia maklum bahawa Jepun sememangnya terkenal dengan perkhidmatan kereta api yang laju, cekap dan tepat. Laluan Tsukuba Express yang dikendalikan oleh Metropolitan Intercity Railway di daerah Tokyo, menghubungkan Akihabara dengan Tsukuba di wilayah Ibaraki. . Kereta api antara bandar berkenaan yang menghala ke utara itu sepatutnya meninggalkan Stesen Minami Nagareyama pada pukul 9.44 pagi pada setiap hari bekerja biasa. #atokdean #matiitubenar #japan #train #TsukubaExpress
"The Swim Reaper" ( @iamtheswimreaper) pada dasarnya adalah seorang yang mencintai pantai yang dapat ditemui mengambil gambar-gambar musim panas dan menunggu membantu pengunjung yang dalam kesusahan. . Beliau sebenarnya adalah seorang sukarelawan yang menjalankan perkhidmatan awam interaktif yang dilancarkan oleh kerajaan New Zealand untuk menggalakkan keselamatan pengunjung di pusat peranginan. Pihak Keselamatan Air New Zealand menganggarkan bahawa kira-kira 105 orang mati akibat lemas setiap tahun di negara itu, dimana tahun ini sahaja sudah meragut 56 nyawa. . Macam seram jek kalo reaper yang datang tolong. Haha. #atokdean #matiitubenar #newzealand #theswimreaper
Hanya kamu yg menetapkan limit bahawa kaya dan berkelulusan tinggi itu seorang yang berjaya. Tapi kamu lupa bahawa kejayaan seseorang itu berbagai bentuk dan mati sebagai penentuan dimana kejayaan kita kelak. Insha Allah. Jgn korban kan akhirat demi dunia tapi korban kan dunia demi akhirat. #pesananorglama #wakijattakenoted #matiitubenar #syurgaitubenar #nerakaitubenar #wakdengar #wakkongsi #nims #deep #morning
Max, seekor anjing berusia 5 tahun ketika pasangan Patrick dan Kirsten Riley dari Strout, Minnesota membuat keputusan untuk membelanya. Max kemudian berkawan dengan Sasha, seekor lagi anjing milik Patrick dan Kirsten. . Walau bagaimanapun ajal Sasha sudah tiba dan meninggalkan Max kesunyian. Tetapi kesunyian hidup Max telah diisi dengan kehadiran kawan baru, Quackers, seekor itik. . Max segera suka kepadanya. Max akan duduk bersebelahan dengan Quackers sepanjang masa. Mereka juga akan tidur bersama, makan bersama, minum bersama, dan hampir setiap masa bersama-sama. #atokdean #matiitubenar #nature #pets #friendship #dog #duck #Minnesota
Terletak di Daerah Binhai Di Tianjin, perpustakaan lima tingkat, yang direka oleh firma reka bentuk Belanda MVRDV dengan kerjasama Institut Perancangan dan Rekabentuk Bandar Tianjin (TUPDI) tersergam sebuah perpustaan yang dikenali sebagai "The Eye of Binhai". . Merangkumi keluasan 34,000 meter persegi dan boleh menampung sehingga 1.2 juta buku, perpustaakan ini mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan. Ianya lengkap dengan kawasan bacaan di tingkat bawah, ruang istirehat di bahagian tengah dan pejabat, ruang pertemuan, dan bilik komputer/audio di bahagian atas. Jom!!!. . #atokdean #matiitubenar #china #architecture #library #tianjin
Apabila cuaca berada pada tahap yang hangat, kanggaru biasanya hanya akan baring berehat. Kanggaru tidak mempunyai kelenjar peluh semulajadi, tetapi mereka mempunyai rangkaian saluran darah khas di lengan mereka. . Apabila kanggaru ingin menyejukkan badan, mereka akan menjilat tangan dan lengan sehingga bulu mereka basah. Apabila air liur mereka mengwap, ini akan menyejukkan suhu badan mereka melalui penyejatan air liur mereka. . Korang yang panas2 boleh la try jilat2 tangan. Haha #atokdean #matiitubenar #kangaroo #nature
Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut. Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata: Siapakah Tuhan kamu? Siapakah Nabi kamu? Apakah agama kamu? Apakah kiblat kamu? Siapakah saudara kamu? Apakah pegangan iktikad kamu? Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu? Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati. Hendaklah kamu jawab begini: Allah Taala Tuhanku, Muhammad nabiku, Islam agamaku, kitab suci Al-Quran ikutanku, Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”. #setiapyanghiduppastiakanmerasaimati #matiitubenar #peringatanbersama
Mattel, pengeluar produk mainan terbesar di dunia itu semalam melancarkan anak patung Barbie yang pertama memakai hijab dengan memberi penghormatan wajahnya kepada atlet wanita Muslim terkenal warga Amerika Syarikat, Ibtihaj Muhammad. . Pemenang pingat perak acara lawan pedang pada Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil itu mencipta nama apabila muncul sebagai atlet pertama Amerika mengenakan tudung sebagai mana peserta negara-negara Islam lain. . Anak patung itu, merupakan sebahagian daripada koleksi “Sheroe” turut bergaya dengan memegang pedang dan akan dijual secara atas talian mulai awal tahun depan. #atokdean #matiitubenar #barbie #mattel #IbtihajMuhammad #hijab
Selepas serangan pesawat di menara berkembar pada 11 September 2001, semua penerbangan udara telah dihentikan. Tetapi, ada satu penerbangan diberi kebenaran khas untuk terbang kerana untuk menyelamatkan nyawa seorang lelaki. Lawrence Van Sertima telah digigit oleh ular Taipan, salah satu ular paling berbahaya di dunia di ibu jarinya. . Racun dari ular ini akan menyerang darah, otot, buah pinggang dan jantung. Dalam masa beberapa jam mangsa akan berada dalam keadaan kritikal dan mengalami pendarahan mata dan mulutnya. Malangnya hanya terdapat dua tempat yang mempunyai antivenin polyvalent, direka untuk merawat pelbagai jenis gigitan ular, iaitu di New York dan San Diego. . Federal Aviation Administration (FAA) akhirnya memberikan kebenaran khas untuk terbang, diiringi dengan dua jet pejuang dan selamat tiba dalam tempoh 45 minit. Van Sertima akhirnya pulih dan hanya mengetahui tentang serangan pengganas beberapa hari kemudian. #atokdean #matiitubenar #nature #snake #taipan #LawrenceVanSertima
Sila brsedia..tidak mengenal muda , tua, sakit sihat d pgkat srta lain2.. #utkdirisendrijuga #matiitupasti #matiitubenar
Credit to @jom_dakwah : Bersyukurlah kerana nilai diri kita diukur dari prOses, bukan hanya dari hasil. Bahkan baru memulai niat, kita sudah mendapatkan nilai kebaikannya. Bahkan saat kita ‘dihentikan’ saat menjalani prOses, nilai kebaikan itu tidak serta merta lenyap meski belum tahu bagaimana hasil akhirnya. Untuk itu, jalani perjalanan ini sebaik mungkin. Karena bOleh jadi memang sebelum sampai tujuan, Dia menghentikan perjalanan ini. Memanggil kita tiba-tiba. . #share #jommuhasabahdiri #jomdakwah #niat #perjalananhidup #hatihatiselalu #katakatanasihat #tazkirahsantai #nasihat #peringatanuntuksemua #hidupsementara #dunia #kualalumpur #terapihati #terapiinstagram #tenangjiwa #kembalikepadaAllah #wanihasrita #mirafilzakh #semusimdibarzakh #semusimdimahsyar #ketikaazazilberputusasa #adapercumaebuku #hadifayyadh #bersyukur #islamsangatindah #dakwahislam #ingatmatiselalu #istighfar #matiitubenar
Negara Belanda mula menolak penggunaan kereta dari pusat bandar bermula pada awal tahun 1970-an, sebagai tindak balas kepada jumlah kematian jalan raya yang mencecah sehingga 3,300 kematian, termasuk 400 kanak-kanak. . Hasilnya, secara purata seorang rakyat Belanda mengayuh sekitar 1,000km setiap tahun. Kini terdapat lebih 22.5 juta basikal di Belanda jauh lebih banyak berbanding jumlah penduduk disana iaitu seramai 17.1 juta. #atokdean #matiitubenar #dutch #bicycle
British Medical Journal mendakwa bahawa seorang doktor telah menjumpai 27 kanta lekap di dalam mata seorang pesakit berusia 67 tahun ketika dia sedang dibersihkan untuk pembedahan di Hospital Solihull di England. . Kanta-lensa itu dijumpai berkumpul bersama-sama dengan warna kehijauan dan tercantum bersama oleh lendir. Kes ini dipilih untuk diterbitkan kerana kebanyakan doktor tidak menyangka seseorang itu boleh kehilangan banyak kanta lekap di dalam mata tanpa mengalami gejala yang teruk. . Pesakit telah memakai kanta sentuh selama 35 tahun, dan jarang melawat doktor mata sepanjang tempoh tersebut. Persatuan klinikal Optometris dan pegawai pengawal selia Henry Leonard memberitahu "Optometri Today" bahawa kebanyakan pesakit akan mengalami ketidakselesaan dan kemerahan yang ketara, dan berisiko jangkitan mata. . Tag geng2 contact lens korang. #atokdean #matiitubenar #contactlens #BritishMedicalJournal