#atokdean 3.514K Posts

Sebuah syarikat kereta api tempatan terpaksa meminta maaf secara formal kepada penumpang hanya kerana tren berlepas 20 saat lebih awal. . Ramai yang sedia maklum bahawa Jepun sememangnya terkenal dengan perkhidmatan kereta api yang laju, cekap dan tepat. Laluan Tsukuba Express yang dikendalikan oleh Metropolitan Intercity Railway di daerah Tokyo, menghubungkan Akihabara dengan Tsukuba di wilayah Ibaraki. . Kereta api antara bandar berkenaan yang menghala ke utara itu sepatutnya meninggalkan Stesen Minami Nagareyama pada pukul 9.44 pagi pada setiap hari bekerja biasa. #atokdean #matiitubenar #japan #train #TsukubaExpress
"The Swim Reaper" ( @iamtheswimreaper) pada dasarnya adalah seorang yang mencintai pantai yang dapat ditemui mengambil gambar-gambar musim panas dan menunggu membantu pengunjung yang dalam kesusahan. . Beliau sebenarnya adalah seorang sukarelawan yang menjalankan perkhidmatan awam interaktif yang dilancarkan oleh kerajaan New Zealand untuk menggalakkan keselamatan pengunjung di pusat peranginan. Pihak Keselamatan Air New Zealand menganggarkan bahawa kira-kira 105 orang mati akibat lemas setiap tahun di negara itu, dimana tahun ini sahaja sudah meragut 56 nyawa. . Macam seram jek kalo reaper yang datang tolong. Haha. #atokdean #matiitubenar #newzealand #theswimreaper
Max, seekor anjing berusia 5 tahun ketika pasangan Patrick dan Kirsten Riley dari Strout, Minnesota membuat keputusan untuk membelanya. Max kemudian berkawan dengan Sasha, seekor lagi anjing milik Patrick dan Kirsten. . Walau bagaimanapun ajal Sasha sudah tiba dan meninggalkan Max kesunyian. Tetapi kesunyian hidup Max telah diisi dengan kehadiran kawan baru, Quackers, seekor itik. . Max segera suka kepadanya. Max akan duduk bersebelahan dengan Quackers sepanjang masa. Mereka juga akan tidur bersama, makan bersama, minum bersama, dan hampir setiap masa bersama-sama. #atokdean #matiitubenar #nature #pets #friendship #dog #duck #Minnesota
Terletak di Daerah Binhai Di Tianjin, perpustakaan lima tingkat, yang direka oleh firma reka bentuk Belanda MVRDV dengan kerjasama Institut Perancangan dan Rekabentuk Bandar Tianjin (TUPDI) tersergam sebuah perpustaan yang dikenali sebagai "The Eye of Binhai". . Merangkumi keluasan 34,000 meter persegi dan boleh menampung sehingga 1.2 juta buku, perpustaakan ini mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan. Ianya lengkap dengan kawasan bacaan di tingkat bawah, ruang istirehat di bahagian tengah dan pejabat, ruang pertemuan, dan bilik komputer/audio di bahagian atas. Jom!!!. . #atokdean #matiitubenar #china #architecture #library #tianjin
Apabila cuaca berada pada tahap yang hangat, kanggaru biasanya hanya akan baring berehat. Kanggaru tidak mempunyai kelenjar peluh semulajadi, tetapi mereka mempunyai rangkaian saluran darah khas di lengan mereka. . Apabila kanggaru ingin menyejukkan badan, mereka akan menjilat tangan dan lengan sehingga bulu mereka basah. Apabila air liur mereka mengwap, ini akan menyejukkan suhu badan mereka melalui penyejatan air liur mereka. . Korang yang panas2 boleh la try jilat2 tangan. Haha #atokdean #matiitubenar #kangaroo #nature
Mattel, pengeluar produk mainan terbesar di dunia itu semalam melancarkan anak patung Barbie yang pertama memakai hijab dengan memberi penghormatan wajahnya kepada atlet wanita Muslim terkenal warga Amerika Syarikat, Ibtihaj Muhammad. . Pemenang pingat perak acara lawan pedang pada Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil itu mencipta nama apabila muncul sebagai atlet pertama Amerika mengenakan tudung sebagai mana peserta negara-negara Islam lain. . Anak patung itu, merupakan sebahagian daripada koleksi “Sheroe” turut bergaya dengan memegang pedang dan akan dijual secara atas talian mulai awal tahun depan. #atokdean #matiitubenar #barbie #mattel #IbtihajMuhammad #hijab
Selepas serangan pesawat di menara berkembar pada 11 September 2001, semua penerbangan udara telah dihentikan. Tetapi, ada satu penerbangan diberi kebenaran khas untuk terbang kerana untuk menyelamatkan nyawa seorang lelaki. Lawrence Van Sertima telah digigit oleh ular Taipan, salah satu ular paling berbahaya di dunia di ibu jarinya. . Racun dari ular ini akan menyerang darah, otot, buah pinggang dan jantung. Dalam masa beberapa jam mangsa akan berada dalam keadaan kritikal dan mengalami pendarahan mata dan mulutnya. Malangnya hanya terdapat dua tempat yang mempunyai antivenin polyvalent, direka untuk merawat pelbagai jenis gigitan ular, iaitu di New York dan San Diego. . Federal Aviation Administration (FAA) akhirnya memberikan kebenaran khas untuk terbang, diiringi dengan dua jet pejuang dan selamat tiba dalam tempoh 45 minit. Van Sertima akhirnya pulih dan hanya mengetahui tentang serangan pengganas beberapa hari kemudian. #atokdean #matiitubenar #nature #snake #taipan #LawrenceVanSertima
Negara Belanda mula menolak penggunaan kereta dari pusat bandar bermula pada awal tahun 1970-an, sebagai tindak balas kepada jumlah kematian jalan raya yang mencecah sehingga 3,300 kematian, termasuk 400 kanak-kanak. . Hasilnya, secara purata seorang rakyat Belanda mengayuh sekitar 1,000km setiap tahun. Kini terdapat lebih 22.5 juta basikal di Belanda jauh lebih banyak berbanding jumlah penduduk disana iaitu seramai 17.1 juta. #atokdean #matiitubenar #dutch #bicycle
British Medical Journal mendakwa bahawa seorang doktor telah menjumpai 27 kanta lekap di dalam mata seorang pesakit berusia 67 tahun ketika dia sedang dibersihkan untuk pembedahan di Hospital Solihull di England. . Kanta-lensa itu dijumpai berkumpul bersama-sama dengan warna kehijauan dan tercantum bersama oleh lendir. Kes ini dipilih untuk diterbitkan kerana kebanyakan doktor tidak menyangka seseorang itu boleh kehilangan banyak kanta lekap di dalam mata tanpa mengalami gejala yang teruk. . Pesakit telah memakai kanta sentuh selama 35 tahun, dan jarang melawat doktor mata sepanjang tempoh tersebut. Persatuan klinikal Optometris dan pegawai pengawal selia Henry Leonard memberitahu "Optometri Today" bahawa kebanyakan pesakit akan mengalami ketidakselesaan dan kemerahan yang ketara, dan berisiko jangkitan mata. . Tag geng2 contact lens korang. #atokdean #matiitubenar #contactlens #BritishMedicalJournal
Seorang remaja mendakwa bahawa beliau dilahirkan di planet marikh dan dihantar ke bumi untuk menyelamatkan manusia daripada kemusnahan akibat perang nuklear. . Boriska Kipriyanovich, dari Volgograd, Rusia mendakwa menetap di planet Marikh sebelum dilahirkan di bumi bersama beberapa orang lain dalam misi menyelamatkan manusia. Beliau mendakwa berdepan perkara sama di Marikh akibat konflik nuklear sejak beribu-ribu tahun lalu dan kini bimbang bumi juga sedang menuju kehancuran yang sama. . Boriska memberitahu, beliau adalah anak tunggal dan dirujuk sebagai "kanak-kanak indigo" kerana memiliki kuasa serta berkeupayaan untuk menetap di Marikh. Malah katanya, kebanyakan penduduk Marikh tidak tua dan usia mereka berhenti pada umur 35 tahun. Mereka sangat tinggi serta mempunyai teknologi canggih. . Sementara ibu bapa Boriska yakin anak mereka bercakap benar dan menceritakan kehidupan lalu di planet Marikh. Malah penyelidik terkejut dengan pengetahuan Boriska mengenai sistem planet di seluruh dunia. Beliau dikatakan mampu mengangkat kepala tanpa bantuan ketika hanya berusia dua minggu selepas dilahirkan. . Ibunya juga mendakwa anaknya itu boleh bercakap beberapa bulan selepas dilahirkan dan pada usia setahun setengah, dia sudah mampu membaca dan melukis. #atokdean #matiitubenar #BoriskaKipriyanovich #russia
Pada tahun 2015 polis Sepanyol menahan dua beradik dari girona, Sepanyol, yang cuba untuk menjual lukisan palsu Francisco de goya kepada seorang Sheikh. . Tetapi "Sheikh" itu sebenarnya bukanlah mangsa dalam penipuan ini kerana beliau telah membayar sejumlah wang €1.5 juta dengan wang kertas palsu. Dua beradik itu hanya menyedari wang yang diterima adalah wang palsu setelah gagal mendeposit wang ke dalam Bank Geneva. . Sheikh itu dikatakan telah bersetuju membayar sebanyak €4 juta untuk lukisan bernama "Portrait of don Antonio María Esquivel". Wang pendahuluan €1.5 dibayar di Turin, dan disampaikan oleh orang tengah Sheikh itu. Dua beradik itu kemudian telah memeriksa dan mengesahkan ia adalah wang tunai asli, sebelum orang tengah Sheikh berjaya menukar wang itu sebelum mereka berlepas ke Switzerland. . Boleh buat movie siot cerita ni. Haha. #atokdean #matiitubenar #art #AntonioMaríaEsquivel
Menurut satu kajian yang dijalan oleh UBS, 70% daripada mereka yang mempunyai sekurang-kurangnya $USD1 juta, tidak menganggap diri mereka sebagai kaya. Sebaliknya mereka hanya menggap diri sudah kaya apabila telah memiliki $USD5 juta. . Tapi mengapa $USD5 juta? Mereka berkata $USD5 juta itu adalah tahap di mana kebanyakan orang kaya berasa mereka sudah tidak lagi mempunyai sebarang kekangan yang boleh membuatkan mereka berasa miskin jika kehilangan wang. . Korang plak berape hengget tahap yang korang rase dah kaya? #atokdean #matiitubenar #rich #ubs
. AGUNG™ "White Paisley" Color : White Print : Front Size : S M L Price : RM 90 🔥🔥🔥🔥🔥🔥 🌍✈🚚Worldwide shipping 💵💶💷Paypal (International transaction) 💰🏦🏧Bank transfer (Local transaction) 🇲🇾 ☎📞🗨+60192024004 @agung.byatokdean @agung.byatokdean @agung.byatokdean #atokdean #trending #lokalah #massesmy #lokal #motion #premiumtshirt #klkix #joho #tempatanfest #loka #kilangbateri #stoned #abstrax
Sejak pertengahan tahun 1990-an, sekitar 100,000 orang telah lenyap di Jepun setiap tahun. Tidak seperti negara-negara moden yang lain, Jepun mempunyai sistem pentadbiran komunikasi yang lemah. . Ini membolehkan ramai orang lenyap, dan hidup tanpa nama di kawasan kejiranan seperti Sanya di Tokyo atau Kama di Osaka. Terdapat banyak sebab orang memilih menghilangkan diri antaranya adalah perceraian, kehilangan pekerjaan, gagal dalam peperiksaan dan juga beban hutang. . Wartawan Perancis, Mauger memberitahu metro.co.uk bahawa hidup di Jepun lebih mudah daripada di negara lain kerana kurangnya komunikasi antara daerah. Orang yang tiada pengenalan diri juga boleh mendapat pekerjaan dalam ekonomi bayangan negara, seperti bekerja untuk yakuza, atau bekerja untuk majikan yang mencari tenaga kerja yang murah. #atokdean #matiitubenar #japan #anonymous